Sunday, 27 July 2014

Ramadhan telah pergi..

Assalamualaikum sahabat..
Ramadhan kali ini..
telah pun pergi meninggalkan
tanpa kita sedari..
semoga memberi keinsafan
buat diri..
Berat sungguh ujian dan dugaan ramadhan kali ini..
Saat hati diuji,
Seakan tak mampu lagi utk berdiri,
Dugaan datang tiada henti,
Cabaran silih berganti,
Tuhan menguji takkan berhenti,
Melihat sejauh mana cekalnya hati,
Seutuh mana iman pada diri,
Dalam mencari sinar dari Illahi,
Bersyukurlah atas nikmat yg diberi,
Ada hikmah yg tersembunyi dipenghujungnya nanti.
Kerana sesungguhnya dugaan itu adalah anugerah dari Allahu Rabbi..
Dikesempatan ini saya ingin memohon maaf atas segala salah,silap dan khilaf sepanjang perkenalan..
#maaf atas keterlanjuran tutur
bicara..
#maaf atas khilaf mentafsir,tersilap menduga,dan tersalah sangka..
#maaf atas gurauan yg mungkin mengguris rasa..
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN..
^-^
                          * * *

''kau tak sedih ke ramadhan da pergi?''

"tak sedih pon...aku gembira sangat! sebab aku masih dberi peluang menjalani bulan keampunan yg penuh rahmat"..

''kenapa? engkau sepatutnya sedih tau tak?''

"yang aku sedih adalah masihkah ada harapan aku bertemu dgn ramadhan yg akan datang?"

Thursday, 24 July 2014

layakkah aku disayangi?

Assalamualaikum sahabat...
tanpa kita sedari..ramadhan hampir pergi..semoga ramadhan kali ini membawa seribu erti..buat diri yg masih mencari-cari segenap cahaya Ilahi..
"andainya dihitung amalanku..
belum pasti dapat kuhampiri gerbang SyurgaMu"..begitulah bait2 salah satu lagu yg sering aku putarkan dikala aku sendirian..mengenang dosa dan khilaf yg menggunung..maka jatuhlah deraian air mata,yg selama ini aku tanggung..malu aku pada Tuhan,banyak sungguh dosa yg aku lakukan..apa mungkin masih layak mendapat keampunan? Ya Allah,beri aku pedoman dan Hidayah disaat hati ini goyah,dengan keasyikan duniawi..
aku bukanlah seorang solehah..malah aku adalah pendosa tanpa noktah..sungguh aku mengharapkan..agar Tuhan sudi mencurah kasih sayang..Ya Allah,pimpinlah tanganku menuju ke jalan akhirat yg satu..peluklah hatiku penuhi limpahan rahmat ketenangan yg tiada tolok bandingan..

#Saat Allah mencintai seseorang,
tempat pertama menerima
sentuhan itu adalah 'hati'..
Di situlah Allah 'melenyapkan' segala rasa 'putus asa'
dan 'kesedihan' akibat 'dosa' mereka..
Kemudian berganti 'harapan' dan 'keinginan' untuk berubah
menjadi insan yang berjiwa 'bersih'..
Hati ini seolah berbisik.....
Aku tahu bila Allah mencintaiku,
iaitu saat aku
membenci segala kejahatanku...
mudah-mudahan..
Amin Ya Rabb..

Monday, 21 July 2014

saat harus beredar

SAAT HARUS BEREDAR :'(
terima kasih utk segalanya..
kerana pernah jadikan sy insan yg awak pernah sayang..
kita hanya mampu mengharap namun Allah adalah sebaik perancang..
agak sukar terima kenyataan pada awalnya..
hari2 saya janji pada diri sndiri..
utk tidak bersedih dan menangis lagi..
tapi entah kenapa..
saya tewas...tewas pada kedegilan saya..
utk redha takdir yg Maha Esa..
saya mohon padaNya..
andai tiada jodoh kita..
cukupla sekadar teman biasa..
yg kekal dunia akhirat utk selamanya..
awak pernah pesan..andai rindu,sebutlah nama awak dlm doa saya..
dgn harapan awak juga merindui saya sepertimana saya merindui awak..namun semua telah pun berlalu..biarlah ia tersemat disitu..andai 1 hari kita bertemu..senyumlah kepadaku..meskipun jasadku yang menunggu disitu..mohon sedekahkan Al-Fatihah buatku...

Dalam hidup ini..Tak selalu kita dapat apa yg kita mahu..Trkadang kita keliru..apa yg kita perlu..Hari yg berlalu seiring waktu..Membuat Hati sering bercelaru..Antara kemahuan dan keinginan..Namun tiba saatnya harus aku lepaskan..Harus aku biarkan masa yang menentukan..Aku Tak mampu mencintaimu slamanya..Pasti ada yg lebih mampu mencintaimu seadanya..Kerna aku tak bisa..Aku Tak punya banyak masa..Aku inginkan kamu bahagia..Selamanya bersama insan yg kamu cinta..Tiba masa harus aku pergi..Segala memori ku simpan rapi..Tersemat jauh disudut hati..Yg adakalanya sering tertangisi..

Maafkan aku...

Bintang terang itu aku

Assalamualaikum sahabat..
Kepada Allah yg Maha Kuasa,terima kasih atas segalanya..sungguh aku bsyukur atas nikmat kurniaaNya..masih beri kesempatan utk aku perbaiki kelemahan yg ada..kepada mereka yg aku sayangi..mekasih sebab selalu ada utk diri ini..terimala sedikit coretan hati ini...
PERSAHABATAN umpama mutiara
yg indah..
mengerat silaturahim penuh ukhwah..
sahabat itu bagaikan bintang..
walaupun jauh namun berkelipan..
sinarnya mbawa cahaya terang..
walaupun hanya sekerlip pandangan..
sahabat hati..
bila bsama saling menyayangi..
bila terluka saling memaafi..
bila bjauhan saling merindui..
bila keliru saling memahami..
bila tersilap saling menasihati..
duhai kawan,andai kamu keseorangan, dalam kesunyian,tiada berteman,luahkan pada Tuhan..pandanglah ke dada langit yg terbentang luas..disitu ada aku.. kerana bintang yg paling terang itu adalah aku..maaf hanya bisa melihatmu dari jauh..usah bimbang,aku akan selalu mendoakanmu..melihat kamu bahagia di setiap hari2mu..adalah kebahagiaan buat diriku..terima kasih utk segalanya..
:)

Sunday, 20 July 2014

Fitrah Cinta

Assalamualaikum sahabat..
diharap semuanya sihat..semoga kita dibawah lindungan rahmat..Allah yg Maha Hebat..
Apa itu CINTA?
cinta itu fitrah manusia..anugerah Allah buat setiap hambaNya..namun siapalah kita untuk mengejar cinta manusia..kerana tiada yg lebih indah dari cintaNya..yg kekal abadi untuk selama-lamanya..
#Cinta itu fitrah dan mencintai itu tidak salah.
Cinta itu boleh jadi salah apabila kita mencintai seseorang sehingga lupa dan lalai terhadap Allah swt.
Muhasabah cinta
*Imam Muda Asyraf

#Jika mereka sibuk mencari cinta..
Biarlah kita sibuk mencari iman..
Jika mereka sibuk mencari pasangan..
Biarlah kita sibuk mencari keredaan..
Jika mereka menangis kerana kecewa..
Biarlah kita menangis mengenang dosa..

alang2 tajok aku da same ngan lagu ni..jom kita dengar Fitrah Cinta by Syaraf Yusof...febret song nih...da yg keberapa kali aku dengar pon tak taula...

Cinta...
tak terungkap maknanya,
Agung rasa ia pada yang mencipta,
Dari mata hati akhirnya ke jiwa,
Kini meruntun hiba,
Cinta...
oh damainya warna,
Awan terasa disampingnya,
Longlainya terasa disapa rinduNya,Basah lidah dengan nama,
Cinta yang dinoda,
Kini tinggal nama,
Ke mana perginya sebenarnya cinta,
Ia yang dicemar palingkan fitrahnya,
Ooh apakah salah dia sang manusia,
Mereka bermula salah tafsirkannya,
Akal hilang punca nafsu yang beraja,
Akhirnya wanita korbankan segala,
Buat sang arjuna yang jijik cintanya,
Oh Tuhan peganglah hatiku,
Usah biarkanku merana kehausan,
Cinta..
cukup-cukup sudah alasanmu bukanlah wira,
Kembali pulanglah kepada fitrah,
Takut dan taatlah kepada Pemilik Cinta,
Maka bertaubatlah, mereka yang berfikirnya..

Saturday, 19 July 2014

cornflakes madu...

Assalamualaikum sahabat...
masa begitu pantas berlalu,sedar tak sedar,kita telah pon berada di zon 10 malam terakhir ramadhan..semoga ramadhan kali ini membawa segunung keinsafan atas segala dosa yg telah aku lakukan suatu masa dulu dan yg akan datang..kepada yg mharapkan lailatul qadar...semoga dipertemukan...Biiznillah :)...
tanpa melengahkan masa (cewah ayat)..
aku nak share resepi biskut raya yg paling mudah,ringkas dan of coz la sedap..bagi yg busy2 tu,ley la try ye....

CORNFLAKES MADU..

BAHAN2:
125G mentega / buttercup
1/2 cawan madu
2 sudu makan gula halus / icing
8 cawan cornflakes
200G kacang badam hancur
ceri merah / hijau (sbg hiasan)

CARA2:
1)cairkan mentega,madu,dan gula halus.
2) masukkan ke dalam bekas berisi cornflakes.
3)kemudian masukkan badam hancur dan ceri, gaul kesemua hingga sebati.
4)masukkan ke dalam cup dan bakar pada suhu 170*C selama 10minit.
OKAY SIAP!
#kalau tak paham,silalah tanye..

~SELAMAT MENCUBA~  ^-^

Wednesday, 16 July 2014

Debu Dosa Silam

mereka 'telah'...
tapi aku,masih...
aku juga ingin berubah...
tetapi mengapa goyah?
aku ingin menjadi seorang yg baru...
bukan lagi sperti yg dulu...
pergi jauh meninggalkan silamku...
bila kan tibanya waktu?
bantu hambaMu ini Tuhan...
apa aku terlalu memikirkan...
pandangan dan cemuhan...
orang yg tidak bperikemanusiaan?
itu yg aku takutkan?
itu yg aku bimbangkan?
sungguh aku penuh kehinaan!!!
aku kagum melihat mereka...
tiada peduli apa orang akan kata...
tentang perubahan diri mereka...
kerana di hati hanya Allah yg ada...
Ya Rahman...Ya Rahim...
ingin aku lupakan segala di masa silam...
penuh debu dosa yg kotor dan hitam...
segalanya gelita dan kelam...
mampukah aku mhadapi?
persoalan yg tiada aku pasti...
ku damba ptolonganMu Ya Illahi...
semoga suatu hari nanti...
aku akan melalui semua ini...
kepadaMu aku berserah...
mengajar aku agar pasrah...
atas segala takdirMu Ya Allah...
Biiznillah...

Tuesday, 15 July 2014

Buatmu Teman...

Assalamualaikum sahabat...
terkadang aku tertanya-tanya apa agaknya yang tertulis dalam perjalanan hidup aku kat muka bumi Allah ni..agak menarik jugak untuk difikirkan..heh..tapi siapalah aku nak fikir semua tu..takdir, qada' dan qadar Allah..diluar kemampuan aku,tak sekali-kali boleh diubah seperti yang aku inginkan..teringat pesan dari sorang teman..'Allah tak bagi yang kita mahu,tapi Allah bagi apa yang kita perlu'...aku pegang pesan tu sampai sekarang..aku ni sebenarnya tak ramai kawan pon,boleh dikira agaknya berape orang..that's why mereka2 tu tersangatla special untuk aku..tak ramai pon yang tahu pasal ni..namun ke hadrat Ilahi aku syukuri..kerana masih sudi mengirimkan teman buat diri ini..maaf wahai sahabat..aku tak mampu jadi teman yang seperti kamu harapkan..masih banyak kekurangan yang harus dibetulkan..walau dimana berada hanya doa yang mampu aku kirimkan..dikala kamu dalam kesedihan..ketika didatangi cabaran..dipukul dengan pelbagai ujian..semoga Allah hadir sebagai peneman..pemberi semangat dan kekuatan..agar terus diberi ketabahan..menjalani liku2 kehidupan..
dengarlah lagu khas buatmu teman..
Di sini kita pernah bertemu..
Mencari warna seindah pelangi..
Ketika kau menghulurkan tanganmu..Membawaku ke daerah yang baru..
Dan hidupku kini ceria..
Kini dengarkanlah dendangan lagu tanda ikatanku..
Kepadamu teman agar ikatan ukhuwah.. kan bersimpul padu..
Kenangan bersamamu takkan ku lupa..
Walau badai datang melanda..
Walau bercerai jasad dan nyawa..Mengapa kita ditemukan..
Dan akhirnya kita dipisahkan..
Mungkinkah menguji kesetiaan..Kejujuran dan kemanisan iman..
Tuhan berikan daku kekuatan..Mungkinkah kita terlupa..
Tuhan ada janjiNya..
Bertemu berpisah kita ada rahmat dan kasihNya..
Andai ini ujian terangilah kamar kesabaran..
Pergilah gelita hadirlah cahaya..

Monday, 14 July 2014

jumpa...

Assalamualaikum sahabat..apa kaba korang hari ni? harap2 sihat n baik2 je..hari ni aku bercuti dari keje,kan Nuzul Quran..time cuti kenela manfaatkan..hehe..manfaatla sangat? time cuti keluar..bukan ape,aku amik kesempatan cuti ni untuk shopping raya..nak tunggu cuti lagi entah bila,dekat raya nanti baru cuti..shopping tak shopping sangatlah..berbelanja kena beringat..kalau tak nanti melarat..bukan ke dalam islam menegaskan ''yang sederhana itu jauh lebih indah''...nak sambut raya kenala buat persiapan..cukupla sambut ala kadar..asal meraikan aidilfitri..okeyla..malas tulis panjang2..pening pale dok dlm ktm ni..da tu mengarut dengan tajuk aku hari ni..cenggini benonye..aku keluar hari ni nak jugak jumpa kengkawan aku yang menetap area kl..tapi semua busy nampaknya..takpa aihh..takda rezeki la tu...hurmm..:'(...
#Alhamdulillah,syukur ke hadrat Illahi..masih diberi peluang melihat mentari..
cuaca yang baik hari ini..kemana kita melangkah hari ini..kuatkan diri menempuhi..kita bukan sendiri..ada Allah yang menemani..izinkan aku mengundur diri..next time kita JUMPA lagi..

Friday, 11 July 2014

terlerainya sebuah harapan...

Assalamualaikum sahabat...
Apa itu HARAPAN?
setiap insan kat muka bumi Allah ni,takde sorang pon yang tak punya ape2 harapan dalam hidup....kan? namun berapa ramai yang mampu merealisasikan impian di hati?
tepuk dada,tanya pada diri..(termasuk aku skali la tu..hehe..)
tapi untuk hari ni,aku pasang harapan baru..harapan ape pulak lagi ni?
hhaaahhhh.....tarraaaa.....
harapan aku mestilah blog aku ni berjaya..this is my first time u know? kah3..
baiklah,tanpa mbuang masa,terimalah persembahan saya yang tak berapa nak menarik ni......
Disaat aku putus harapan,
Kau beriku kehidupan
Disaat aku terjatuh,
Kau beriku kaki agar dpt bdiri utuh,
Disaat aku hilang arah,
Kau beriku petunjuk hidayah,
Disaat aku sendirian,
Kau hadir melengkapkan,
Disaat aku kesepian,
Kau hadir menyerikan.
Secebis cinta yg aku harapkan,
Selautan cinta kasih
sayang Kau curahkan,
Ampuni sgala dosa yg tlh aku lakukan,
Hanya padaMu segalanya ku serahkan..
Sungguh aku mengharapkan,
Hidup yg barakah,redha serta dilimpahi kerahmatan..
Ya Allah Ya Rahim Ya Rahman.....