Monday, 19 January 2015

Ingatkan aku...

Assalamualaikum sahabat...
hari ini sekali aku diberi kesempatan untuk bernafas..merasai sang udara ciptaan yang Maha Esa..setelah aku dimatikan sebentar di malam hari..syukur..Allah masih sudi membuka pintu taubatNya buat kita semua..namun entah bila akan kuketuk pintu yang telah lama tersedia itu? bila ? .. inilah antara soalan yang sering bermain di kotak fikiran aku..masa yang pantas berjalan..menuju ke hadapan..pergi menjauh meninggalkan..yang akhirnya tinggallah aku keseorangan..ada sesuatu yang sering aku harapkan..agar jangan aku dilupakan oleh Tuhan..takut! takut sekali aku dibiarkan terkapai-kapai ditenggelami oleh dosa aku sendiri..Ya Allah! sanubariku merintih..bantu aku.. tolong aku..tolong ampunkan dosaku! izinkan aku meraih SyurgaMu...Ya Rabb,mohon Engkau berilah aku peringatan akan akhiratMu yang kekal abadi..kutahu bukan mudah untuk semua itu,namun pimpinlah aku..jentiklah hatiku ini andai aku terlupa dan terleka kepadaMu.......

akan ada seseorang disaat kamu melihatnya kamu akan berasa tenang..dan orang itu adalah orang yang sentiasa mengingati dan meletakkan Allah di dalam hatinya..

Saturday, 10 January 2015

andai ini coretan terakhir

Assalamualaikum sahabat..
panjatkan kesyukuran atas kurniaan Tuhan di atas segala rupa bentuk pinjaman yang diberikan kepada kita..alhamdulillah..
selawat serta salam atas junjungan besar Nabi Muhammad serta keluarga dan para sahabat baginda..........
dikeheningan malam aku masih tidak dapat melelapkan mata..entah mengapa tidak seperti biasa..kali ini ada satu getaran menyentuh jiwa..tapi tidak kutahu apakah ia..aku ini bukanlah seorang yang banyak bicara..segala kata ku simpan dalam hati sahaja..malah ramai diantara mereka berkata..aku jenis pendiam orangnya..tidak sekalipun kata-kata mereka itu menggores hati dan perasaanku..kerana aku berpegang kuat dengan kamus hidup aku..lebih baik diam daripada berkata-kata,namun segalanya hanya dusta belaka..biarkan caraku,kerana aku lebih selesa begitu..setiap yang berlalu,pasti tidak akan kembali lagi..tak usah ditangisi lagi segala takdir Ilahi..dalam menghitung detik demi detik jarum jam menjalankan tugasnya,teringat aku tentang pertanyaan seseorang di tempat kerja..aku ditanya sama ada,apa aku sedang berpuasa? lantas dengan pantas aku berikan jawapan 'tidak'..lalu kutanya kembali, mengapa dia berkata seperti itu? kemudian dijawabnya,muka aku kelihatan sangat pucat..aku dinasihatkan untuk buat 'medical check up' oleh rakan lain..atas faktor lain juga adalah disebabkan aku sering sesak nafas pabila keletihan..terdiam sejenak..tapi ku terus jua menjawab,sejujurnya aku tidak mahu membuat 'medical check up' tersebut kerana dikhuatiri menghidapi sebarang penyakit..lalu tiada lagi erti dan semangat untuk hidup..sampai begitu sekali bisik hati kecilku..bukankah setiap sakit yang kita rasakan itu,penghapus dan pengampunan dosa buat diri kita?..Allahurabbi..sebelum coretan ini menjadi CORETAN TERAKHIR....tetapkan hatiku menerima suratan takdir..terus bertahan walau apa jua dugaan dan rintangan yang hadir..agar senyuman mampu ku ukir...