Saturday, 6 June 2015

Mencari Mampu...

Assalamualaikum duhai sahabat yang dirindui..
apa khabar kalian hari ini? semoga baik-baik saja hendaknya..amboi,macam karangan surat kiriman tak rasmi pulak dah..hehehe..ok la,disebabkan tabiat mem'busy'kan diri (konon2 la),blog comey ni ditinggal sendiri (comey ke?)...maaflah,bukan syok sendiri,sekadar suka suki,cengginilah bila bosan melanda diri..tatkala mereka yang lain bercanda,bergurau senda,bergelak ketawa..aku pon termenung sendirian..melihat aksi dan telatah mereka yang berada disekelilingku..bukan kosong2 ok,dalam renungan itu,ada iktibar dan pengajaran yang boleh aku ambil dari situ..kalau korang tak percaya,lepas ni boleh try..macam yang kita sebut selalu tu jugaklah,setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya..
memang tak dapat dinafikan,masing-masing punya cara tersendiri untuk melupakan masalah serta mencari jalan keluarnya..begitu juga dengan diriku..bukan mudah untuk kita lupakan segala yang telah berlaku dalam sekelip mata,kerana itu jugalah aku berusaha sehabis mungkin MENCARI MAMPU.....ada apa dengan mencari mampu ni? mungkin agak sukar untuk difahami,namun percayalah,ianya ada maksud tersirat yang hanya dapat difahami oleh mereka yang mengerti erti 'roda kehidupan'..kini aku cuba mencari mampu itu untuk aku hadapi dugaan dan cabaran yang bakal aku lalui di masa hadapan yang pastinya jauh lebih hebat..semoga Allah menghulurkan bantuan serta pertolongan yang tiada tandingan..Amin..baiklah,tak nak cakap banyak..akhir kalam,terimalah  peringatan tulus ikhlas dariku....
Kita selalu tunggu masa untuk berubah,
Tapi masa tak pernah tunggu kita untuk berubah...
Renung2kanlah....
# kembali mem'busy'kan diri

Monday, 19 January 2015

Ingatkan aku...

Assalamualaikum sahabat...
hari ini sekali aku diberi kesempatan untuk bernafas..merasai sang udara ciptaan yang Maha Esa..setelah aku dimatikan sebentar di malam hari..syukur..Allah masih sudi membuka pintu taubatNya buat kita semua..namun entah bila akan kuketuk pintu yang telah lama tersedia itu? bila ? .. inilah antara soalan yang sering bermain di kotak fikiran aku..masa yang pantas berjalan..menuju ke hadapan..pergi menjauh meninggalkan..yang akhirnya tinggallah aku keseorangan..ada sesuatu yang sering aku harapkan..agar jangan aku dilupakan oleh Tuhan..takut! takut sekali aku dibiarkan terkapai-kapai ditenggelami oleh dosa aku sendiri..Ya Allah! sanubariku merintih..bantu aku.. tolong aku..tolong ampunkan dosaku! izinkan aku meraih SyurgaMu...Ya Rabb,mohon Engkau berilah aku peringatan akan akhiratMu yang kekal abadi..kutahu bukan mudah untuk semua itu,namun pimpinlah aku..jentiklah hatiku ini andai aku terlupa dan terleka kepadaMu.......

akan ada seseorang disaat kamu melihatnya kamu akan berasa tenang..dan orang itu adalah orang yang sentiasa mengingati dan meletakkan Allah di dalam hatinya..

Saturday, 10 January 2015

andai ini coretan terakhir

Assalamualaikum sahabat..
panjatkan kesyukuran atas kurniaan Tuhan di atas segala rupa bentuk pinjaman yang diberikan kepada kita..alhamdulillah..
selawat serta salam atas junjungan besar Nabi Muhammad serta keluarga dan para sahabat baginda..........
dikeheningan malam aku masih tidak dapat melelapkan mata..entah mengapa tidak seperti biasa..kali ini ada satu getaran menyentuh jiwa..tapi tidak kutahu apakah ia..aku ini bukanlah seorang yang banyak bicara..segala kata ku simpan dalam hati sahaja..malah ramai diantara mereka berkata..aku jenis pendiam orangnya..tidak sekalipun kata-kata mereka itu menggores hati dan perasaanku..kerana aku berpegang kuat dengan kamus hidup aku..lebih baik diam daripada berkata-kata,namun segalanya hanya dusta belaka..biarkan caraku,kerana aku lebih selesa begitu..setiap yang berlalu,pasti tidak akan kembali lagi..tak usah ditangisi lagi segala takdir Ilahi..dalam menghitung detik demi detik jarum jam menjalankan tugasnya,teringat aku tentang pertanyaan seseorang di tempat kerja..aku ditanya sama ada,apa aku sedang berpuasa? lantas dengan pantas aku berikan jawapan 'tidak'..lalu kutanya kembali, mengapa dia berkata seperti itu? kemudian dijawabnya,muka aku kelihatan sangat pucat..aku dinasihatkan untuk buat 'medical check up' oleh rakan lain..atas faktor lain juga adalah disebabkan aku sering sesak nafas pabila keletihan..terdiam sejenak..tapi ku terus jua menjawab,sejujurnya aku tidak mahu membuat 'medical check up' tersebut kerana dikhuatiri menghidapi sebarang penyakit..lalu tiada lagi erti dan semangat untuk hidup..sampai begitu sekali bisik hati kecilku..bukankah setiap sakit yang kita rasakan itu,penghapus dan pengampunan dosa buat diri kita?..Allahurabbi..sebelum coretan ini menjadi CORETAN TERAKHIR....tetapkan hatiku menerima suratan takdir..terus bertahan walau apa jua dugaan dan rintangan yang hadir..agar senyuman mampu ku ukir...

Monday, 15 December 2014

manusia biasa

Assalamualaikum...
Dengan lafaz Bismillah,aku membuka langkah..meneruskan perjuangan yang terkadang menjadikan aku lelah..namun ku harus bangkit..melawan segala yang membuat aku sakit..aku tahu ia bukanlah sesuatu yang mudah..tapi aku cuba untuk lebih tabah..diatas setiap sesuatu yang ditakdir Allah..termenung aku sendirian..mengenangkan segala yang terjadi dalam setiap hari-hari yang berlalu..apa aku telah mengucap syukur atas semua itu?..atau sekadar keluhan dan rintihan yang aku panjatkan?..aku manusia biasa..ya! manusia biasa yang tiada hentinya melakukan dosa..penuh khilaf yang tiada penghujungnya..aku juga perlu ruang..aku juga perlu kasih sayang..dan hanya kepadaNya aku dambakan..dengan setulus harapan Dia masih sudi mendengarkan segala keluhan,rintihan,dan titisan air mata,yang aku luahkan padaNya..
Ya Allah..jentiklah hati ini,seandainya aku cuai dan lalai saat aku dibuai dengan arus duniawi..
genggamlah tanganku agar sentiasa berada disisiMu..Amin Ya Rabb..
:'(

Sunday, 9 November 2014

Jodoh Rahsia Ilahi...

Assalamualaikum...
Sebelum memulakan bicara..ingin sekali aku mengajak kalian semua..panjatkan kesyukuran kepada Allah yang Maha Esa..diatas segala kurniaanNya buat kita..jangan lupa sertakan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW..solawatullahi wassalami......
Semoga cinta yang bersemi di dalam hati kita adalah buat Allah Azza Wajalla dan baginda..
Baiklah..agak lama aku menyepi dari sini..bukan menjauhi..tapi sekadar mencari sedikit ketenangan di hati yang lama ku nanti..
Jodoh Rahsia Ilahi..siapa yang mampu merungkai rahsia Ilahi? siapa? tiada sesiapa...segala yang bakal,akan,sedang,mungkin,bahkan yang telah berlaku,tiada siapa yang tahu..melainkan Allah yang Satu..jika ingin dijelaskan tentang jodoh,terlalu subjektif..kerana jodoh seseorang itu terletak di tangan Allah..jodoh itu urusan Allah..sesungguhnya Dialah pengatur yang terbaik..sesiapa pun yang dipilih untuk menjadi pasangan jodoh kita,pasti membawa hikmah terbesar dalam hidup kita..kerana tidak
sekali-kali Allah ciptakan kehadiran seseorang dalam hidup kita sesuatu yang sia-sia..pasti hadir bahagia di penghujungnya..tertarik aku dengan kata-kata kiriman seseorang..
Jodoh itu Rahsia Allah..
Sekuat apa kita setia..
Selama apa kita menunggu..
Sekeras apa kita bersabar..
Sejujur apa kita menerima..kekasih kita...
Tetapi jika Allah tidak menulis jodoh kita untuk bersamanya..
Kita tetap tidak akan bersamanya..
Pasrahkan hati dan terimalah takdirNya..
Kerana tulang rusuk dan pemiliknya..
Takkan pernah tertukar dan pasti akan bertemu pabila tiba saat dan ketikanya..........
Pintalah pada Allah agar dipermudahkan jalan bakal jodoh kita untuk bertemu kita..
Menjemput kita sebagai yang halal untuk dirinya..
Biarlah aku disini mengutus doa rindu buatmu melaluiNya..
Kerana itu adalah yang sebaik-baiknya..........
                      *         *        *
Aku bernama wanita,
Yang penuh dgn air mata,
Punyai hati yg lembut dari segalanya,
Kerna wanita itu dicipta,
Dipenuhi dgn rasa kasih dan cinta,
Memiliki seribu satu rasa,
Yang tidak bisa ditafsir apakah ia,
Tak siapa mampu merungkai perasaannya,
Yang akan menjadi tanda tanya,
Kepada mereka yg tidak memahaminya,
Disaat cinta bertamu dijiwa,
Hanya mampu diam tanpa kata,
Seindah ketulusan cinta,
Dipanjatkan kpd yg Maha Esa,
Yg mengetahui segala yg terbaik buat dirinya,
Semoga dilindungi rahmat cinta kasihNya..
~ Hidup ini lebih indah jika memilih untuk mensyukuri apa yang kita miliki hari ini ^^ ~

Sunday, 26 October 2014

Kelopak bahagia

Assalamualaikum...
Pabila hati berbisik kata..namun tak mampu ku luahkan..hanya coretan kata penyampai bicara..
Dengan harapan kau dapat mendengarkan..suatu hari aku telah digemparkan suatu berita..yang menjadi tamparan hebat buat diri ini..namun ku kembali muhasabah diri..mengapa perlu aku tangisi berita seperti itu?..seharusnya aku turut merasakan bahagia..disaat insan yang pernah menjadi istimewa dalam hidup,kini telah pun merasai bahagia..namun terkilan aku disitu,mengapa harus dirahsiakan? Sedangkan ianya penuh kebaikan...duhai teman,jujurlah, aku ingin kau berkata yang benar..kerna melihat kau bahagia bersama insan yang engkau cinta..adalah salah satu isi dalam doaku..fahamilah isi seorang wanita..namun takkan kau fahami jika engkau tak selami hati nurani seorang wanita..kerna kami diciptakan mulia oleh Allah..hanya kami dan Sang Pencipta mengerti setiap satu yang kami rasa..
Sahabatku...
Jika bersahabat,jadilah sahabat yang setia..
Jika berteman,jadilah teman saat diperlukan..
Jika berjanji,jangan mungkiri..
Jika berkata,jangan berdusta..
Di dunia ini,
Kita mampu menyembunyikan apa pun daripada pengetahuan orang lain.
Namun mustahil dapat menipu Allah dan diri sendiri.
Moga kita tergolong dalam kalangan hamba Allah yang sentiasa muhasabah diri.
Amiin..
Kelopak bahagia seindah cinta..
Cinta hakiki milik yang Maha Esa..
Bersama kita berusaha menggapainya..
Moga diberkati dan mendapat keredhaanNya..

Sunday, 12 October 2014

Tangisan yang tak tertangisi

Assalamualaikum sahabat yang dirindui..agak lama aku menyepi kali kali..dan kini aku kembali mencari warna seindah pelangi..ok la,agenda aku kali ini berkisah tentang emm......macam tajok yang tertera tu la..bunyinya agak jiwang karat,ke jiwang besi buruk,tak kisahla ape2 pun...jom kita merungkai makna tersirat disebalik tajok ' 'tangisan yang tak tertangisi'...saat dikhabarkan tentang sesuatu perkara,pernah tak korang rasa sedih? Tapi...ha,ada tapinya...tapi korang tak menangis? Walaupun kalau diikutkan sebak didada tidak lagi mampu menahan rasa dari berderainya titisan airmata bagaikan tiada penghujungnya...mengapa begitu? Adakah itu bukti tanda kita pasrah atas takdirNya?..
Lalu hati pun berbisik lembut,jauh ke dasar sanubari,segala yang berlaku adalah kehendak dan ketentuan dari Ilahi..tak perlu tangisi sesuatu yang tiada pastinya..kelak andai jatuh,sukar untuk berdiri seperti sedia kala..kita boleh mendoakan kebahagiaan orang lain,namun sejauh mana hati dapat menerima?..ketahuilah,saat tangisan yang tak tertangisi itu datang menyapa dirimu,maka disitulah terletaknya sebuah nama kepasrahan diatas segala yang Allah telah takdirkan...kerana hikmah itukan tersembunyi sifatnya...

The best song from sigma nasyeed:

Sinaran hati mulai hilang
kemana kan ku cari..
langkah terhenti tanpa pasti..
kususuri jalan ini..
kemanakah kan ku cari
Ya Robbi..
Ya Allah..
kembalikan sinaran..
yang telah menghilang dihati..
Ya Allah..
hanya padamu ku pinta..
dan ku berdoa menggapai asa..