Assalamualaikum...
Pabila hati berbisik kata..namun tak mampu ku luahkan..hanya coretan kata penyampai bicara..
Dengan harapan kau dapat mendengarkan..suatu hari aku telah digemparkan suatu berita..yang menjadi tamparan hebat buat diri ini..namun ku kembali muhasabah diri..mengapa perlu aku tangisi berita seperti itu?..seharusnya aku turut merasakan bahagia..disaat insan yang pernah menjadi istimewa dalam hidup,kini telah pun merasai bahagia..namun terkilan aku disitu,mengapa harus dirahsiakan? Sedangkan ianya penuh kebaikan...duhai teman,jujurlah, aku ingin kau berkata yang benar..kerna melihat kau bahagia bersama insan yang engkau cinta..adalah salah satu isi dalam doaku..fahamilah isi seorang wanita..namun takkan kau fahami jika engkau tak selami hati nurani seorang wanita..kerna kami diciptakan mulia oleh Allah..hanya kami dan Sang Pencipta mengerti setiap satu yang kami rasa..
Sahabatku...
Jika bersahabat,jadilah sahabat yang setia..
Jika berteman,jadilah teman saat diperlukan..
Jika berjanji,jangan mungkiri..
Jika berkata,jangan berdusta..
Di dunia ini,
Kita mampu menyembunyikan apa pun daripada pengetahuan orang lain.
Namun mustahil dapat menipu Allah dan diri sendiri.
Moga kita tergolong dalam kalangan hamba Allah yang sentiasa muhasabah diri.
Amiin..
Kelopak bahagia seindah cinta..
Cinta hakiki milik yang Maha Esa..
Bersama kita berusaha menggapainya..
Moga diberkati dan mendapat keredhaanNya..
Seandainya segenggam tabah itu mampu aku miliki.. Utk meneruskan hidup ini.. Agar dapat memadam esak dan tangisan ini.. Belajar utk hidup berdikari.. Berdiri teguh diatas kaki sndiri.. Teruskan langkah perjuangan ini.. Ya Allah,bekalkan aku ketabahan dihati.. Demi menempuh dugaan yg bakal aku lalui.. Kerana aku insan penuh dgn kelemahan diri.. Pasrahkan hatiku menerima segala takdirMu Ya Illahi.
Sunday, 26 October 2014
Kelopak bahagia
Sunday, 12 October 2014
Tangisan yang tak tertangisi
Assalamualaikum sahabat yang dirindui..agak lama aku menyepi kali kali..dan kini aku kembali mencari warna seindah pelangi..ok la,agenda aku kali ini berkisah tentang emm......macam tajok yang tertera tu la..bunyinya agak jiwang karat,ke jiwang besi buruk,tak kisahla ape2 pun...jom kita merungkai makna tersirat disebalik tajok ' 'tangisan yang tak tertangisi'...saat dikhabarkan tentang sesuatu perkara,pernah tak korang rasa sedih? Tapi...ha,ada tapinya...tapi korang tak menangis? Walaupun kalau diikutkan sebak didada tidak lagi mampu menahan rasa dari berderainya titisan airmata bagaikan tiada penghujungnya...mengapa begitu? Adakah itu bukti tanda kita pasrah atas takdirNya?..
Lalu hati pun berbisik lembut,jauh ke dasar sanubari,segala yang berlaku adalah kehendak dan ketentuan dari Ilahi..tak perlu tangisi sesuatu yang tiada pastinya..kelak andai jatuh,sukar untuk berdiri seperti sedia kala..kita boleh mendoakan kebahagiaan orang lain,namun sejauh mana hati dapat menerima?..ketahuilah,saat tangisan yang tak tertangisi itu datang menyapa dirimu,maka disitulah terletaknya sebuah nama kepasrahan diatas segala yang Allah telah takdirkan...kerana hikmah itukan tersembunyi sifatnya...
The best song from sigma nasyeed:
Sinaran hati mulai hilang
kemana kan ku cari..
langkah terhenti tanpa pasti..
kususuri jalan ini..
kemanakah kan ku cari
Ya Robbi..
Ya Allah..
kembalikan sinaran..
yang telah menghilang dihati..
Ya Allah..
hanya padamu ku pinta..
dan ku berdoa menggapai asa..