Assalamualaikum sahabat..
Jom sama2 kita panjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi..diatas hela nafas yang dipinjamkan buat kita..demi meniti hari demi hari..yang tak lepas dari diuji..namun Dia jualah memberi kekuatan untuk kita menempuh dan melalui onak duri dalam hidup ini..Alhamdulillah Ya Ilahi... :')
Tak banyak yang ingin aku bicarakan di petang hari ni..sekadar ingin berkongsi..sesuatu yang membuka mata hatiku ini..
MUHASABAH BUAT DIRI TATKALA DIUJI....
Tatkala hati keliru dan resah kembalilah kepada Allah, kerana hanya dengan mengingati Allah jiwa menjadi tenang.
Tatkala pedihnya hati dilukai,mengadulah kepada Allah kerana hanya Allah yg mampu mengubat hati yg terluka.
Tatkala sepinya jiwa kekosongan, isikanlah dengan zikrullah kerana dengan menyebut asma' Allah, akn terasa hampirnya jiwa kepada Allah.
Tatkala ingin menangis, menangislah kerana takutkan Allah yg maha pedih hukumannya buat insan yg sering terlalai dan berdosa .
Sesungguhnya air mata taubat itu mampu memadamkan api neraka yg mahu menjilatmu..
#Subhanallah
#Alhamdulillah
#Lailahaillallah
#Allahuakhbar
Seandainya segenggam tabah itu mampu aku miliki.. Utk meneruskan hidup ini.. Agar dapat memadam esak dan tangisan ini.. Belajar utk hidup berdikari.. Berdiri teguh diatas kaki sndiri.. Teruskan langkah perjuangan ini.. Ya Allah,bekalkan aku ketabahan dihati.. Demi menempuh dugaan yg bakal aku lalui.. Kerana aku insan penuh dgn kelemahan diri.. Pasrahkan hatiku menerima segala takdirMu Ya Illahi.
Saturday, 6 September 2014
Pulanglah kepangkuan Allah
Wednesday, 3 September 2014
4 september 1991
Assalamualaikum sahabat..apa khabar dengan hati kalian hari ini? Semoga penuh dengan kasih sayang dan cinta Sang Pencipta Hati..hari berganti hari..maka tibalah tarikh hari kelahiran aku di muka bumi Allah ini..setiap yang bergelar insan di dunia ini..pasti menyimpan hasrat dan impian dalam diri..yang ingin direalisasikan,bukan sekadar fantasi..tapi menjadi sebuah realiti..namun segala yang 'telah' atau yang 'akan' berlaku terletak pada kuasa Allah Yang Maha Agung lagi Berkuasa..bukan semua yang kita inginkan mudah untuk digapai..jika kita inginkan sesuatu,kita harus korbankan sesuatu..namun berapa ramai yang mampu lakukan sedemikian itu?...ujian dan dugaan yang dilalui mentarbiyah diri..agar menjadi seorang yang lebih baik dari sebelum ini..onak duri dan cabaran silih berganti mendewasakan kita..membuka hati,mata dan minda bahawa hidup di dunia ini hanya sementara..segalanya palsu belaka, yang tiada kekalnya..aku juga ingin menjadi seperti mereka..mengejar akhirat tanpa menoleh apa yang ada di dunia..semoga aku juga peroleh hidayah dariNya..tiada aku henti meminta..agar segala yang aku lakukan mendapat keredhaan Allah..disini aku berharap..di hari kelahiran,aku ditempatkan di dunia..pabila tiba hari kematian,aku ditempatkan di Syurga..semoga aku bisa meraih syahid dan husnul khatimah...
Amin Ya Rabb..
#selamat hari lahir juga buat imam muda najdi
#pinjam pic ek?
#birthday kita sama,sebayalah kita..hehe
^_~
Monday, 1 September 2014
Pinjaman Sementara
Assalamualaikum sahabat...seteguh iman yg dikurniakan Tuhan,moga kita di bawah lindungan rahmat dan nikmat..mudah-mudahan terus berdiri teguh dan kukuh..melangkah demi meniti sebuah kehidupan yg penuh cabaran..menanti hadirnya cinta daripada seseorang yang kita sayang,adalah anugerah dari Tuhan,namun berapa ramai yang mampu pertahankan hubungan agar tak terputus di tengah jalan? namun begitu,usah khuatir..pasti ada hikmah yg akan hadir..oleh itu,pasrahlah dengan segala suratan takdir..mungkin agak sukar untuk kita pada awalnya..biarlah waktu sahaja yang menyembuhkan segala torehan luka..yang terlakar di hati kita..kerana dengan jalan itu..akan membawa kita kembali kepada Allah yang Satu..mungkin terkadang kita terlupa dan terleka semua yang ada dalam hidup ini..hanyalah pinjaman sementara dari Dia..panjatkanlah kesyukuran padaNya meskipun cuma seketika..kita masih diberi peluang merasai nikmat dariNya..