Assalamualaikum sahabat..
Jom sama2 kita panjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi..diatas hela nafas yang dipinjamkan buat kita..demi meniti hari demi hari..yang tak lepas dari diuji..namun Dia jualah memberi kekuatan untuk kita menempuh dan melalui onak duri dalam hidup ini..Alhamdulillah Ya Ilahi... :')
Tak banyak yang ingin aku bicarakan di petang hari ni..sekadar ingin berkongsi..sesuatu yang membuka mata hatiku ini..
MUHASABAH BUAT DIRI TATKALA DIUJI....
Tatkala hati keliru dan resah kembalilah kepada Allah, kerana hanya dengan mengingati Allah jiwa menjadi tenang.
Tatkala pedihnya hati dilukai,mengadulah kepada Allah kerana hanya Allah yg mampu mengubat hati yg terluka.
Tatkala sepinya jiwa kekosongan, isikanlah dengan zikrullah kerana dengan menyebut asma' Allah, akn terasa hampirnya jiwa kepada Allah.
Tatkala ingin menangis, menangislah kerana takutkan Allah yg maha pedih hukumannya buat insan yg sering terlalai dan berdosa .
Sesungguhnya air mata taubat itu mampu memadamkan api neraka yg mahu menjilatmu..
#Subhanallah
#Alhamdulillah
#Lailahaillallah
#Allahuakhbar
Seandainya segenggam tabah itu mampu aku miliki.. Utk meneruskan hidup ini.. Agar dapat memadam esak dan tangisan ini.. Belajar utk hidup berdikari.. Berdiri teguh diatas kaki sndiri.. Teruskan langkah perjuangan ini.. Ya Allah,bekalkan aku ketabahan dihati.. Demi menempuh dugaan yg bakal aku lalui.. Kerana aku insan penuh dgn kelemahan diri.. Pasrahkan hatiku menerima segala takdirMu Ya Illahi.
Saturday, 6 September 2014
Pulanglah kepangkuan Allah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment