Assalamualaikum...
Pabila hati berbisik kata..namun tak mampu ku luahkan..hanya coretan kata penyampai bicara..
Dengan harapan kau dapat mendengarkan..suatu hari aku telah digemparkan suatu berita..yang menjadi tamparan hebat buat diri ini..namun ku kembali muhasabah diri..mengapa perlu aku tangisi berita seperti itu?..seharusnya aku turut merasakan bahagia..disaat insan yang pernah menjadi istimewa dalam hidup,kini telah pun merasai bahagia..namun terkilan aku disitu,mengapa harus dirahsiakan? Sedangkan ianya penuh kebaikan...duhai teman,jujurlah, aku ingin kau berkata yang benar..kerna melihat kau bahagia bersama insan yang engkau cinta..adalah salah satu isi dalam doaku..fahamilah isi seorang wanita..namun takkan kau fahami jika engkau tak selami hati nurani seorang wanita..kerna kami diciptakan mulia oleh Allah..hanya kami dan Sang Pencipta mengerti setiap satu yang kami rasa..
Sahabatku...
Jika bersahabat,jadilah sahabat yang setia..
Jika berteman,jadilah teman saat diperlukan..
Jika berjanji,jangan mungkiri..
Jika berkata,jangan berdusta..
Di dunia ini,
Kita mampu menyembunyikan apa pun daripada pengetahuan orang lain.
Namun mustahil dapat menipu Allah dan diri sendiri.
Moga kita tergolong dalam kalangan hamba Allah yang sentiasa muhasabah diri.
Amiin..
Kelopak bahagia seindah cinta..
Cinta hakiki milik yang Maha Esa..
Bersama kita berusaha menggapainya..
Moga diberkati dan mendapat keredhaanNya..
Seandainya segenggam tabah itu mampu aku miliki.. Utk meneruskan hidup ini.. Agar dapat memadam esak dan tangisan ini.. Belajar utk hidup berdikari.. Berdiri teguh diatas kaki sndiri.. Teruskan langkah perjuangan ini.. Ya Allah,bekalkan aku ketabahan dihati.. Demi menempuh dugaan yg bakal aku lalui.. Kerana aku insan penuh dgn kelemahan diri.. Pasrahkan hatiku menerima segala takdirMu Ya Illahi.
Sunday, 26 October 2014
Kelopak bahagia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment