Saturday, 10 January 2015

andai ini coretan terakhir

Assalamualaikum sahabat..
panjatkan kesyukuran atas kurniaan Tuhan di atas segala rupa bentuk pinjaman yang diberikan kepada kita..alhamdulillah..
selawat serta salam atas junjungan besar Nabi Muhammad serta keluarga dan para sahabat baginda..........
dikeheningan malam aku masih tidak dapat melelapkan mata..entah mengapa tidak seperti biasa..kali ini ada satu getaran menyentuh jiwa..tapi tidak kutahu apakah ia..aku ini bukanlah seorang yang banyak bicara..segala kata ku simpan dalam hati sahaja..malah ramai diantara mereka berkata..aku jenis pendiam orangnya..tidak sekalipun kata-kata mereka itu menggores hati dan perasaanku..kerana aku berpegang kuat dengan kamus hidup aku..lebih baik diam daripada berkata-kata,namun segalanya hanya dusta belaka..biarkan caraku,kerana aku lebih selesa begitu..setiap yang berlalu,pasti tidak akan kembali lagi..tak usah ditangisi lagi segala takdir Ilahi..dalam menghitung detik demi detik jarum jam menjalankan tugasnya,teringat aku tentang pertanyaan seseorang di tempat kerja..aku ditanya sama ada,apa aku sedang berpuasa? lantas dengan pantas aku berikan jawapan 'tidak'..lalu kutanya kembali, mengapa dia berkata seperti itu? kemudian dijawabnya,muka aku kelihatan sangat pucat..aku dinasihatkan untuk buat 'medical check up' oleh rakan lain..atas faktor lain juga adalah disebabkan aku sering sesak nafas pabila keletihan..terdiam sejenak..tapi ku terus jua menjawab,sejujurnya aku tidak mahu membuat 'medical check up' tersebut kerana dikhuatiri menghidapi sebarang penyakit..lalu tiada lagi erti dan semangat untuk hidup..sampai begitu sekali bisik hati kecilku..bukankah setiap sakit yang kita rasakan itu,penghapus dan pengampunan dosa buat diri kita?..Allahurabbi..sebelum coretan ini menjadi CORETAN TERAKHIR....tetapkan hatiku menerima suratan takdir..terus bertahan walau apa jua dugaan dan rintangan yang hadir..agar senyuman mampu ku ukir...

No comments:

Post a Comment