Assalamualaikum duhai sahabat yang dirindui..
apa khabar kalian hari ini? semoga baik-baik saja hendaknya..amboi,macam karangan surat kiriman tak rasmi pulak dah..hehehe..ok la,disebabkan tabiat mem'busy'kan diri (konon2 la),blog comey ni ditinggal sendiri (comey ke?)...maaflah,bukan syok sendiri,sekadar suka suki,cengginilah bila bosan melanda diri..tatkala mereka yang lain bercanda,bergurau senda,bergelak ketawa..aku pon termenung sendirian..melihat aksi dan telatah mereka yang berada disekelilingku..bukan kosong2 ok,dalam renungan itu,ada iktibar dan pengajaran yang boleh aku ambil dari situ..kalau korang tak percaya,lepas ni boleh try..macam yang kita sebut selalu tu jugaklah,setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya..
memang tak dapat dinafikan,masing-masing punya cara tersendiri untuk melupakan masalah serta mencari jalan keluarnya..begitu juga dengan diriku..bukan mudah untuk kita lupakan segala yang telah berlaku dalam sekelip mata,kerana itu jugalah aku berusaha sehabis mungkin MENCARI MAMPU.....ada apa dengan mencari mampu ni? mungkin agak sukar untuk difahami,namun percayalah,ianya ada maksud tersirat yang hanya dapat difahami oleh mereka yang mengerti erti 'roda kehidupan'..kini aku cuba mencari mampu itu untuk aku hadapi dugaan dan cabaran yang bakal aku lalui di masa hadapan yang pastinya jauh lebih hebat..semoga Allah menghulurkan bantuan serta pertolongan yang tiada tandingan..Amin..baiklah,tak nak cakap banyak..akhir kalam,terimalah peringatan tulus ikhlas dariku....
Kita selalu tunggu masa untuk berubah,
Tapi masa tak pernah tunggu kita untuk berubah...
Renung2kanlah....
# kembali mem'busy'kan diri
Seandainya segenggam tabah itu mampu aku miliki.. Utk meneruskan hidup ini.. Agar dapat memadam esak dan tangisan ini.. Belajar utk hidup berdikari.. Berdiri teguh diatas kaki sndiri.. Teruskan langkah perjuangan ini.. Ya Allah,bekalkan aku ketabahan dihati.. Demi menempuh dugaan yg bakal aku lalui.. Kerana aku insan penuh dgn kelemahan diri.. Pasrahkan hatiku menerima segala takdirMu Ya Illahi.
Saturday, 6 June 2015
Mencari Mampu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment