Assalamualaikum...
Dengan lafaz Bismillah,aku membuka langkah..meneruskan perjuangan yang terkadang menjadikan aku lelah..namun ku harus bangkit..melawan segala yang membuat aku sakit..aku tahu ia bukanlah sesuatu yang mudah..tapi aku cuba untuk lebih tabah..diatas setiap sesuatu yang ditakdir Allah..termenung aku sendirian..mengenangkan segala yang terjadi dalam setiap hari-hari yang berlalu..apa aku telah mengucap syukur atas semua itu?..atau sekadar keluhan dan rintihan yang aku panjatkan?..aku manusia biasa..ya! manusia biasa yang tiada hentinya melakukan dosa..penuh khilaf yang tiada penghujungnya..aku juga perlu ruang..aku juga perlu kasih sayang..dan hanya kepadaNya aku dambakan..dengan setulus harapan Dia masih sudi mendengarkan segala keluhan,rintihan,dan titisan air mata,yang aku luahkan padaNya..
Ya Allah..jentiklah hati ini,seandainya aku cuai dan lalai saat aku dibuai dengan arus duniawi..
genggamlah tanganku agar sentiasa berada disisiMu..Amin Ya Rabb..
:'(
Seandainya segenggam tabah itu mampu aku miliki.. Utk meneruskan hidup ini.. Agar dapat memadam esak dan tangisan ini.. Belajar utk hidup berdikari.. Berdiri teguh diatas kaki sndiri.. Teruskan langkah perjuangan ini.. Ya Allah,bekalkan aku ketabahan dihati.. Demi menempuh dugaan yg bakal aku lalui.. Kerana aku insan penuh dgn kelemahan diri.. Pasrahkan hatiku menerima segala takdirMu Ya Illahi.
Monday, 15 December 2014
manusia biasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment